PENGENALAN MADRASAH SAIDATINA KHADIJAH
Madrasah Saidatina Khadijah(MASKA) adalah madrasah yang ditubuhkan di Bukit Payong, Kuala Terengganu, Terengganu khusus buat para muslimat (banat). Objektif MASKA ialah menjadi sebuah madrasah yang unggul, yang mampu melahirkan para hafizah & alim-alimah yang sentiasa bersedia mewakafkan diri, tenaga, harta dan masa bagi meninggikan Allah dan syiar Islam, mengukuhkan konsep pengajian yang berteraskan akidah suci solafus soleh dengan mengadakan pengajian salaf dan khalaf serta menjaga tertib bersanad dan bertalaqi.
MASKA memberi tumpuan kepada bacaan dan hafazan Al-Quran kepada pelajar bermula seawal umur 13 tahun.
KENAPA SUMBANGAN DIBUAT & BAGAIMANA SUMBANGAN DIGUNAKAN?
MASKA sekarang menhadapi masalah kewangan yang agak membimbangkan bagi meneruskan operasi dan pembangunan madrasah.bangan akan digunakan untuk pembangunan tahfiz. Ini berlaku disebabkan pihak .
Selain itu, dengan status kewangan sedia ada, pihak Tujuan terperician sumbangan dibuat ialah bagi tujuan berikut
1. Menampung Kos Operasi Bulanan – Pihak madrasah memang mengharapkan sumbangan ikhlas dari luar untuk pembangunan. Pihak madrasah ada mengenakan minimum yuran kepada para pelajar. Namun begitu, kebanyakan pelajar datang dari latar keluarga yang susah dan kurang berkemampuan menyebabkan berlaku "shortage" untuk kos operasi dan pengurusan.
3. Membaiki dan membaik pulih kerosakan sedia ada – MASKA juga bercadangan untuk membeli sebidang lot tanah di sebelah kawasan madrasah untuk tujuan pembesaran madrasah di masa hadapan.
3. Membaiki dan membaik pulih kerosakan sedia ada – MASKA tidak berupaya untuk membaiki kerosakan-kerosakan yang berlaku seperti dinding keretakan dinding, keuzuran perabot dan peralatan.
KESAN JIKA SUMBANGAN TIDAK DAPAT DIBUAT
Adalah menjadi masalah besar dan berterusan kepada MASKA jika sumbangan tidak dapat dibuat dan masalah ini berterusan. Serius, kami sungguh tidak dapat bayang perkara ini berlaku
a) Tidak cukup kos untuk membayar elaun staff, terpaksa hadkan
b) Boleh mengugat keselamatan pelajar-pelajar dan juga kakitangan madrasah jika kerosakan tidak dapat dibaiki.
c) Terpaksa menghadkan kemasukan pelajar-pelajar baru.
d) Pelajar peajar terpaksa belajar dalam suasana yang tidak selesa dan tidak selamat.
KESAN APABILA SUMBANGAN BERJAYA DIBUAT
Alhamdulillah. Dengan sumbangan ikhlas anda, pihak MASKA akan menggunakan setiap sen untuk pembangunan madarasah dan seterusnyan menyelesaikan masalah sekarang dan seterusnya
a) Kakitangan dan pelajar akan selesa dan selamat.
b) Madrasah dapat menerima pelajar-pelajar baru yang datang daripada jauh untuk menuntut ilmu.
c) Madrasah akan dapat menyediakan asrama yang lebih besar dan kelas-kelas ² pengajian yang lebih selesa jika dapat membeli tanah/bangunan baru oleh kerana madrasah sekarang mempunyai ruang yang tidak mengcukupi.
SASARAN SUMBANGAN DIPERLUKAN
Pihak Madrasah Saidatina Khadijah(MASKA) sangat berharap dapat mengumpul sumbangan berjumlah
RM1.5 juta dalam tahun ini untuk merealisasikan objektif yang ditetapkan.
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” – Riwayat Muslim
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU?
SALURKAN SEDEKAH SECARA MANUAL
Kami juga menerima sumbangan mengikut kemampuan anda melalui sumbangan secara manual:
MADRASAH SAIDATINA KHADIJAH
1101806273
(BANK RAKYAT)
Maklumat Tambahan:
1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.
Jom, bersama kami membangunkan madarasah ini untuk anak-anak hafizah kita di penghujung bulan Ramadan ini. Kami dengan rendah hati merayu sumbangan anda yang dermawan!